Sunday, April 5, 2009
Pantun Teka-Teki
Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?
Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?
Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?
Posted by Cikgu Wani at 7:55 PM 0 comments
Wednesday, December 24, 2008
Persekolahan Sesi 2009

Tahun 2008..Selamat Tinggal...
Tahun 2009 akan menjengah kita...beerti kita akan melangkah setahun kehadapan...Cabaran dan rintangan yang baru akan kita tempoh lagi...Mari kita renungkan kembali, kejadian-kejadian yang telah menimpa diri ini..
Setiap yang datang samada kesenangan dan kesusahan yang datang pada kita di tahun 2008 akan menjadi kita insan yangg lebih matang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek...
Hanya kita yang dapat mengenalpasti diri dan munsabah diri ini...Sila renungi kata-kata hikmah di bawah ini...
- Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
- Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
- Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
- Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Posted by Cikgu Wani at 3:19 AM 2 comments
Kelas Cekal 3M

Salam....
Hai kepada semua yang telah melawati blog ini...
Terima kasih Cikgu Wani ucapkan kepada semua..
Diharap dengan kehadiran blog ini...Dapat menambahkan dan meningkatkan pengetahuan semua....
Terima Kasih Semua...
Posted by Cikgu Wani at 2:55 AM 0 comments