Sunday, January 30, 2011
Masalah Pembelajaran : Disleksia


Disleksia bukan sejenis penyakit. Tetapi disleksia ialah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaannya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan mengira walaupun mempunyai pemmikiran yang normal. Golongan ini mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulih jika diberikan tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah pengidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan seperti nama bulan dan sifir. Setiap pengidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.
Ciri-ciri pengidap Disleksia
- Dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan.
- Pelajar akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.
- Pelajar suka menambah atau mengurang sendiri perkataan ketika sedang membaca.
- Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf 'b' dianggap huruf 'd' atau huruf 'p' dianggap sebagai huruf 'q'
- Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
Sumber : http://www.thetole.org
Posted by Cikgu Wani at 4:18 AM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
Thaipusam 2011
Pada 20 Januari 2011, rakyat India yang beragama Hindu menyambut Hari Thaipusam dimana bagi menghormati Dewa Hindu iaitu Dewa Murugan .
Hari Thaipusam juga sebagai hari nazar atau menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang dilakukan selama ini.
Nazar mengikut pahaman agama Hindu ialah memohon suatu hajat kepada Dewa Murugan jika hajat dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Bagi yang memohon ampun bagi dosa yang dilakukan , kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bau atau kepala. Antara bentuk hiasan bagi kavadi ialah bulu burung merak, bunga-bungaan.
info : wikipedia
Posted by Cikgu Wani at 1:58 AM 0 comments
Monday, January 3, 2011
Friday, December 31, 2010
Monday, December 20, 2010
Pengenalan Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan salah satu peringkat yang penting dalam kanak-kanak. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar. Hasil daripada kajian tersebut ialah dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.
Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpuka sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasidan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan pengunaan secara mental dalam proses inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan membuat rumusan.
Posted by Cikgu Wani at 4:23 PM 0 comments
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)











