Sunday, April 24, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS TEGAR)


Taklimat Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS TEGAR)
Oleh Pn. Rozaimah bt Mohamed dari PPD Kerian.
Tarikh : 18 April 2011
Hari : Isnin
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Malinja, PPD Kerian
Pengenalan
Instrumen Pengesanan Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan alat untuk mengesan murid yang keberangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yng mempunyai masalah dalam pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid.
Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaiti Bahagian A : Maklumat Murid dan Bahagian B : Senarai Semak.
Objektif
- Mengesan murid yang keberangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran.
- Memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.
Kumpulan Sasaran
- Murid LINUS TEGAR
- Murid Program Pemulihan Khas
- Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas
Posted by Cikgu Wani at 2:18 PM 0 comments
Wednesday, April 13, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Monday, February 21, 2011
Petua 1 - Membina Sikap Positif



1. Lakonkan Watak Orang Cemerlang
- Kita mesti mempunyai model ikutan (role model) untuk diteladani.
- Kita sebenarnya pelakon di pentas kehidupan ini.
- Kenapa kita tidak lakonkan watak cemerlang itu hari ini juga.
- Anggaplah seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah sebagai pelajar cemerlang di sekolah anda hari ini sekarang.
Posted by Cikgu Wani at 7:16 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
Maulidur Rasul 2011
Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011
- Dr. Abdul Hayei b Abdul Syukor
- Bekas Professor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
- "Ia adalah stu kewajipan bagi umat manusia yang mempunyai amanah untuk menyebarkannya di bumi Allah".
- Menghasilkan sebuah kitab tafsir Al-Quran versi Bahasa Melayu bertajuk " Tafsir Pedoman Muttaqin"
- Wee Soo Yen
- Berumur 16 tahun.
- Mendapat 'A' dalam matapelajaran Bahasa Arab.
- "Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu cabaran baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri".
Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang lain ialah :
- Datuk Dangiran Mustafa, 60 - Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
- Prof. Dr. Ismail Zen, 58 - Pernah sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Masjidil Haram,Mekah pada tahun 2008.
- Tan Sri Hasmah Abdullah, 59 - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN
- Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Bekas Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja.
- Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari, 59 - Ketua Pegawai Eksekutif , Institut Jantung Negara
Posted by Cikgu Wani at 4:31 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)









