BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 28, 2009

Mutiara Kata


1. Ada orang anggap kita lemah....

Ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya.....

Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat
daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita....


2. Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari..

Apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri.......


3. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit......

Dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..........


4. Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman

manis kerana ia boleh membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa

gembira..................



Friday, April 24, 2009

Persekitaran SK Methodist







Wednesday, April 15, 2009

Menyusun Strategi Murid Pemulihan Khas


  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.

  2. Kenal pasti masalah murid.

  3. Kenal pasti punca masalah murid.

  4. Menjalin hubungan mesra dengan murid.

  5. Menunjukkan penghargaan kepada murid.

  6. Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.

  7. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
    --> pendekatan bermain sambil belajar.
    -->teknik bercerita.
    -->teknik latih tubi.
    -->teknik bersoal jawab.
    -->teknik nyanyian.
  8. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
* Menjalankan aktiviti pengukuhan.
* Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

Sunday, April 12, 2009

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

1. Mulakan dari awal

  • Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya.
  • Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal.
  • Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi.
  • Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

2. Sentiasa bersedia

  • Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
  • Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja.
  • Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!

Friday, April 10, 2009

Masa Rehat

Program Pemulihan 3M



  • Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip 'menyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
  • Ia berkonsepkan satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
  • Matlamatnya membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Sistem menarik keluar (withdrawal) telah diperkenalkan di mana murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas.
  • Mesyuarat khas tentang isu murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M pada 16 Oktober 1998 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Khairuddin bin Mohd Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah memutuskan Program Intervensi 3M ini perlu dilaksanakan dengan segera bermula pada awal tahun 1999.
  • Pendidikan adalah untuk semua. Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan memilih dasar menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi mempastikan semua jenis dan peringkat murid dapat manfaat maksimum daripada pelbagai aktiviti perkhidmatan pendidikan, sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
  • KBSR dan KBSM digubal sedemikian rupa dan dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan semua murid bagi menyediakan dan memberi peluang saksama kepada semua.

Menteri Pelajaran Malaysia Yang Baru....

Datuk Seri Najib Razak memegang potfolio Menteri Kewangan manakala

Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri

yang turut menjadi Menteri Pelajaran.

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

Wednesday, April 8, 2009

Perdana Menteri Ke-6 Malaysia



Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini 03/04/2009 telah mengangkat sumpah
menjadi PM Malaysia yang keenam setelah Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
melepaskan jawatanya semalam. Beliau mengangkat sumpah di depan
Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Monday, April 6, 2009

Pantun Nasihat...

Pakai baju warna biru

Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu


Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan


Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.


Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya


Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci


Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Sunday, April 5, 2009

Kartun 'Bernard'

Pantun Teka-Teki

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?


Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?


Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?


Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?


Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?