BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 30, 2011

Anak dengan Disleksia | Kalbe Medical Portal

Anak dengan Disleksia Kalbe Medical Portal

Masalah Pembelajaran : Disleksia







Disleksia bukan sejenis penyakit. Tetapi disleksia ialah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaannya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan mengira walaupun mempunyai pemmikiran yang normal. Golongan ini mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulih jika diberikan tindakan yang sewajarnya.






Sesetengah pengidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan seperti nama bulan dan sifir. Setiap pengidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.






Ciri-ciri pengidap Disleksia






  • Dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan.



  • Pelajar akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.



  • Pelajar suka menambah atau mengurang sendiri perkataan ketika sedang membaca.



  • Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf 'b' dianggap huruf 'd' atau huruf 'p' dianggap sebagai huruf 'q'



  • Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.










Sumber : http://www.thetole.org

Sunday, January 23, 2011

Thaipusam 2011

Sambutan Thaipusam di Batu Caves

Pada 20 Januari 2011, rakyat India yang beragama Hindu menyambut Hari Thaipusam dimana bagi menghormati Dewa Hindu iaitu Dewa Murugan .



Hari Thaipusam juga sebagai hari nazar atau menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang dilakukan selama ini.



Nazar mengikut pahaman agama Hindu ialah memohon suatu hajat kepada Dewa Murugan jika hajat dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.



Bagi yang memohon ampun bagi dosa yang dilakukan , kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bau atau kepala. Antara bentuk hiasan bagi kavadi ialah bulu burung merak, bunga-bungaan.



info : wikipedia

Monday, January 3, 2011

Sesi Persekolahan 2011



3 Januari 2011 (Isnin)




Permulaan sesi persekolahan untuk tahun 2011.Murid-murid berpakaian serba baru dan kelengkapan persekolahan yang baru. Melihat gelagat murid-murid Tahun 1 yang mencuit hati dan riang.




Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru!!!




Be the best, Beat the rest....(^_^)