Friday, April 10, 2009
Program Pemulihan 3M
- Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip 'menyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
- Ia berkonsepkan satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
- Matlamatnya membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Sistem menarik keluar (withdrawal) telah diperkenalkan di mana murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas.
- Mesyuarat khas tentang isu murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M pada 16 Oktober 1998 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Khairuddin bin Mohd Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah memutuskan Program Intervensi 3M ini perlu dilaksanakan dengan segera bermula pada awal tahun 1999.
- Pendidikan adalah untuk semua. Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan memilih dasar menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi mempastikan semua jenis dan peringkat murid dapat manfaat maksimum daripada pelbagai aktiviti perkhidmatan pendidikan, sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
- KBSR dan KBSM digubal sedemikian rupa dan dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan semua murid bagi menyediakan dan memberi peluang saksama kepada semua.
Posted by Cikgu Wani at 11:16 PM 0 comments
Menteri Pelajaran Malaysia Yang Baru....
Datuk Seri Najib Razak memegang potfolio Menteri Kewangan manakala
Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri
yang turut menjadi Menteri Pelajaran.
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
Posted by Cikgu Wani at 11:00 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)