BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 20, 2011

Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS TEGAR)























Taklimat Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS TEGAR)



Oleh Pn. Rozaimah bt Mohamed dari PPD Kerian.



Tarikh : 18 April 2011

Hari : Isnin

Jam : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Malinja, PPD Kerian




Pengenalan



Instrumen Pengesanan Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan alat untuk mengesan murid yang keberangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yng mempunyai masalah dalam pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid.



Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga jika didapati murid berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.



Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaiti Bahagian A : Maklumat Murid dan Bahagian B : Senarai Semak.



Objektif



  1. Mengesan murid yang keberangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran.

  2. Memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.

Kumpulan Sasaran



  • Murid LINUS TEGAR

  • Murid Program Pemulihan Khas

  • Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas