BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 12, 2009

Logo Hari Guru




Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.






Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.






Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.



Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.



Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.






Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Tema Hari Guru


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang


2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan


2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara


2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara


2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama


2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan


1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang


1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama


1997 Guru Bestari Sekolah Bestari


1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia


1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan


1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan


1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang


1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

Monday, May 11, 2009

Lagu KATAK


Katak Lompat


Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.


Kalau adik malas lagi,

Malas bangun pagi,

La la la la la la la la,La la la la la la la la,

Nanti adik rugi.


Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.

Pencinta Kucing
















Sunday, May 3, 2009

Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran




Pendekatan yang digunakan dalam kelas pemulihan biasanya :

a) Pendekatan kumpulan

b) Pendekatan individu

c) Pendekatan kolaboratif

d) Pendekatan koperatif




A) PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan

dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur
pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan
3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab
5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk
6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti,
menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

Lawak Jenaka

1) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Jawapan: Kuih salah bikin


2) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?

Jawapan: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.


3) Siape yang menemukan dompet kulit?

Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


4) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Jawapan: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’


5) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?

Jawapan: Pembohong…


6) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?

Jawapan: Usus


7) Gajah terbang dengan ape?

Jawapan: Dengan susah payah……