BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 11, 2012

Penilaian



  • Selepas pengajaran dijalankan adalah penting bagi guru pemulihan khas menilai prestasi yang dicapai oleh murid-murid.
  • Penilaian hendaklah berdasarkan mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran murid.
  • Rekod prestasi kemajuan murid setiap individu murid penting untuk menentukan adanya proses pemulihan yang lengkap dan baik.
  • Pencapaian murid hendaklah direkodkan berterusan sejajar dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
  • Kandungan dalam rekod haruslah mempunyai corak yang tersendiri selari dengan perkembangan kemajuan murid dalam satu-satu pelajaran
  • Eleman utama dalam penilaian :
  1. Objektif ujian
  2. Jadual Penentuan Ujian
  3. Pemilihan item
  4. Penapisan dan Pengeditan Item
  5. Bentuk soalan (bertulis, lisan dan amali)
  6. Pentadbiran ujian
  7. Pemeriksaan jawapan
  8. Penganalisa keputusan
  9. Rekod prestasi