BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 1, 2009

Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Perak


Pertandingan Robotik Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Perak
--> Jumlah penyertaan 64
--> Mendapat tempat ke - 6 dan ke - 10
--> Bertempat di SMK Pengkalan Hulu, Perak.
--> Tarikh : 26 Jun 2009

TAHNIAH....

Kumpulan 1:
1. Muhammad Amsyar Irfan Noor Azmi
2. Muhamad Izzul Irfan Zulkifli
3. Muhamad Nor Fahmi Noor Azlan

Kumpulan 2:
1. Muhamad Izzul Iqbal Zulkifli
2. Muhamad Irfan Salihuddin
3. Muhamad Nor Fahim Noor Azlan
* lagi gambar akan menyusul

Wednesday, June 24, 2009

Virus H1N1



Penerangan ringkasan tentang wabak yang manusia satu dunia takut.


'H' bermaksud Hemagglutinin protein.


'N' bermaksud Neuraminidase protein


H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan.


Terdapat 16 jenis avian lain lagi.


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.


Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.


Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.


Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi.


Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.


Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Wednesday, June 10, 2009

Tahukah Anda?

Air Terjun Ke-3 Tinggi di Dunia

Air Terjun Ke-2 Tinggi di Dunia

Air Terjun Tertinggi di Dunia


Adakah Air Terjun Niagara merupakan salah satu air terjun tertinggi di dunia?


Ya! Air terjun terkenal, Niagara yang terletak di Amerika Syarikat - Kanada memang termasuk salah satu air terjun tertinggi di dunia.

Air terjun ini merupakan air terjun kesepuluh tertinggi di dunia. Ketinggiannya ialah 55 meter.



Air terjun manakah yang kedua paling tinggi di dunia?

Air terjun yang kedua tertinggi di dunia ialah Air Terjun Giessbach di Switzerland.

Ketinggiannya adalah 604 meter.



Air terjun manakah yang ketiga paling tinggi di dunia?

Air terjun yang ketiga paling tinggi di dunia ialah Air Terjun Sutherland di Amerika Syarikat.

Ketinggiannya adalah 580 meter.







Tuesday, May 12, 2009

Logo Hari Guru




Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.






Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.






Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.



Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.



Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.






Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Tema Hari Guru


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang


2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan


2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara


2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara


2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama


2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan


1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang


1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama


1997 Guru Bestari Sekolah Bestari


1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia


1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan


1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan


1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang


1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

Monday, May 11, 2009

Lagu KATAK


Katak Lompat


Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.


Kalau adik malas lagi,

Malas bangun pagi,

La la la la la la la la,La la la la la la la la,

Nanti adik rugi.


Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.

Pencinta Kucing