BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

Cuti Akhir Tahun 2010


Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Sekolah Kebangsaan Methodist

dan

Manfaa Cuti Sekolah ini Dengan Aktiviti Yang Berfaedah dan Berguna

Monday, November 1, 2010

Sambutan Deepavali di Malaysia

'kolam'




Malaysia akan menyambut Perayaan Deepavali pada 5 November 2010.

Di Malaysia, perayaan Deepavali akan disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan kesuciaan badan dan semangat. Selepas itu, penganut Hindu akan akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dipatungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu, akan dihiasi 'kolam' . Hiasan bunga halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijirin yang pelbagai warna. Hiasan 'kolam' ini, merupakan lambang penyembahan dewa Lakhsmi, dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai 'kolam'.

Bulan November 2010


Sesi persekolahan hanya akan berakhir dalam beberapa minggu sahaja lagi. Murid-murid aliran perdana juga baru selesai Peperiksaan Akhir Tahun 2010. 3Minggu yang tinggal ini akan digunakan sebaik mungkin. Keputusan UPSR juga akan diumukan oleh KPM hanya dalam 2 minggu ini sahaja lagi. Debaran Murid Tahun 6 makin terasa.


Bagi murid pemulihan, sesi pembelajaran masih diteruskan. Murid didapati tidak hadir ke sekolah kerana ada yang tidak sihat dan lambat bangun ke sekolah.


Pencapian murid pemulihan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang banyak dan menunjukkan peningkatan yang sedikit. Alhamdulillah...;-)


Bulan November ini, terdapat 2 cuti lagi...1) Cuti Deepavali 2) Cuti Hari Raya Aidil Adha..