BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 1, 2010

Sambutan Deepavali di Malaysia

'kolam'




Malaysia akan menyambut Perayaan Deepavali pada 5 November 2010.

Di Malaysia, perayaan Deepavali akan disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan kesuciaan badan dan semangat. Selepas itu, penganut Hindu akan akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dipatungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu, akan dihiasi 'kolam' . Hiasan bunga halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijirin yang pelbagai warna. Hiasan 'kolam' ini, merupakan lambang penyembahan dewa Lakhsmi, dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai 'kolam'.

0 comments: