BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011




Monday, December 20, 2010

Pengenalan Kemahiran Mendengar


Mendengar merupakan salah satu peringkat yang penting dalam kanak-kanak. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar. Hasil daripada kajian tersebut ialah dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.


Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpuka sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasidan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.


Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan pengunaan secara mental dalam proses inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan membuat rumusan.

Saturday, December 18, 2010

Imaginasi / Imagination





Thursday, November 25, 2010

Cuti Akhir Tahun 2010


Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Sekolah Kebangsaan Methodist

dan

Manfaa Cuti Sekolah ini Dengan Aktiviti Yang Berfaedah dan Berguna

Monday, November 1, 2010

Sambutan Deepavali di Malaysia

'kolam'




Malaysia akan menyambut Perayaan Deepavali pada 5 November 2010.

Di Malaysia, perayaan Deepavali akan disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan kesuciaan badan dan semangat. Selepas itu, penganut Hindu akan akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dipatungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu, akan dihiasi 'kolam' . Hiasan bunga halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijirin yang pelbagai warna. Hiasan 'kolam' ini, merupakan lambang penyembahan dewa Lakhsmi, dewa kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai 'kolam'.

Bulan November 2010


Sesi persekolahan hanya akan berakhir dalam beberapa minggu sahaja lagi. Murid-murid aliran perdana juga baru selesai Peperiksaan Akhir Tahun 2010. 3Minggu yang tinggal ini akan digunakan sebaik mungkin. Keputusan UPSR juga akan diumukan oleh KPM hanya dalam 2 minggu ini sahaja lagi. Debaran Murid Tahun 6 makin terasa.


Bagi murid pemulihan, sesi pembelajaran masih diteruskan. Murid didapati tidak hadir ke sekolah kerana ada yang tidak sihat dan lambat bangun ke sekolah.


Pencapian murid pemulihan pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang banyak dan menunjukkan peningkatan yang sedikit. Alhamdulillah...;-)


Bulan November ini, terdapat 2 cuti lagi...1) Cuti Deepavali 2) Cuti Hari Raya Aidil Adha..



Monday, October 18, 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan


Bulan Oktober Diistiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan di Malaysia.


Usaha kerajaan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasaa komunikasi - Timbalan Perdana Menteri


Sarawak dipilih menjadi tuan rumah dengan tema "Bahasa Jiwa Bangsa" kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1 Malaysia.

Sunday, August 29, 2010

Taklimat Peranan Guru Pemulihan Khas


Taklimat Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS dan Status Program Pemulihan Khas Daerah Kerian 2010



Tarikh : 30 Ogos 2010


Tempat : Dewan Malinja, PPD Kerian


Masa : 2.00 petang


Pengerusi : Pn. Rozaimah bt Mohamed

(Pegawai Khas Pendidikan Khas)

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-53...


Tahniah Malaysia..!!!!!..
"1 Malaysia Menjana Transformasi"

Tuesday, August 17, 2010

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Thursday, August 12, 2010


Wednesday, August 4, 2010


Friday, June 25, 2010

Teknik Mendengar


Teknik Mendengar Secara Berkesan :


  • Bersedia untuk mendengar

  • Dengar dengan penuh tumpuan

  • Kawal emosi dan tingkah laku ketika mendengar

  • Berfikiran positif terhadap maklumat yang disampaikan

  • Dengar dengan mata dan hati

  • Menangguh penilaian

  • Dengar dengan sabar

  • Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal

Kesilapan yang kerap berlaku dalam komunikasi interpersonal ialah kegagalan untuk mendengar. Apabila seseorang tidak mendengar, dia akan memberi respon dengan hujah-hujah yang menghalang komunikasi. Untuk mendengar dengan baik, kita perlu memahami keadaan orang yang sedang mengalami kesusahan itu.




Tuesday, June 1, 2010

Cuti Pertengahan Tahun 2010


Wednesday, May 26, 2010

UJIAN STANDARD PELEPASAN PeT 1 2010 DASA 1 DAERAH KERIAN

Pengambilan Kertas Ujian

Tarikh : 26 Mei 2010
Tempat : Ruangan Surat Untuk Sekolah, Aras Bumi, PPD Kerian

Ujian Standard Pelepasan PeT 1 2010 Fasa 1

Tarikh : 31 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010

Taklimat Vertifikasi Data Status Ujian Standard Pelepasan PeT 1

Tarikh : 4 Jun 2010
Tempat : Dewan Malinja PPD Kerian
Masa : 3.00 Petang

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru




Friday, May 7, 2010

Mutiara Kata


Friday, April 30, 2010


Monday, April 12, 2010

Brosur Kelas Cekal




Saturday, April 3, 2010

Peranan Guru Pemulihan Khas



  1. Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )


  • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

  • Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.

  • Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan
    rapi dan tersusun.

2. Preskriptif ( Presciptive Role )



  • Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

3. Peranan Pengajaran / Therapentik (A Teaching Therapentik)



  • Mengajar murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang mana tidak dapat diatasi oleh guru asas dalam situasi kelas.

  • Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran.



5. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )


Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu


untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi


kepentingan pembelajaran anak-anak mereka

Tuesday, March 30, 2010

Ciri-ciri Murid Pemulihan


Ciri-ciri Kanak Pemulihan


a) Emosi dan Tingkah Laku
- Perasaan risau dan rendah diri
- Cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
- Takut kepada perkara-perkara baru. dll


b) Sosial
- Selalu tidak hadir ke sekolah
- Gelisah dan selau bergerak di dalam bilik darjah
- Bohong dan kadang-kadang mencuri dll


c) Kesihatan
- Lemah gerak moto kasar dan halus
- Pertumbuhan badan tidak seimbang (kurus,gemuk)
- Kesihatan terganggu dll.


d) Kesediaan Belajar
- Perbendaharaan kata kurang
- Lemah pemahaman dll


e) Pengamatan
- Lemah pendengaran bunyi
- Lemah pergerakan dan perbuatan
- Tidak boleh mengingat kembali dll.

Sunday, March 14, 2010

Selamat Bercuti



  • Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 1
13 Mac 2010 - 21 Mac 2010

Sesi Persekolahan akan bermula pada 22 Mac 2010

Tuesday, March 9, 2010

Murid Pemulihan Tahun 4


Terdapat 2 orang murid Pemulihan 3M tahun 4
1. Kishan Kumar a/l Mathialagan
2. Noor Muhammad Aiman b Azman
Pemerhatian :
  • Tahap penguasaan murid ini adalah baik. Murid dapat menguasai sehingga kemahiran 24.
  • Murid masih lemah dlm kemahiran perkataan Digraf, Diftong dan Vokal Berganding.
  • Murid dapat membaca dengan baik dan lancar.
  • Namun murid masih lemah dalam menulis perkataan / kesilapan perkataan.





Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Friday, February 19, 2010

Wajah Kelas Cekal 2010
















Program LINUS


TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN TAHUN BARU 2010
7 JANUARI 2010; PUKUL 8.40 PAGI;
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE


"Kedua, penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira murid akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (LINUS) pada peringkat sekolah rendah. Pada masa kini, kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah adalah 87 peratus. Sasaran bagi tahun 2010 ialah peningkatan sebanyak 3 peratus iaitu kepada 90 peratus. Sasaran ini akan disokong dengan menempatkan guru-guru yang terbaik untuk mengajar Tahun 1, menambah bilangan guru pemulihan di sekolah pada nisbah 1 guru kepada 15 orang murid daripada nisbah sedia ada iaitu 1 guru kepada 1 sekolah. Ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kumpulan guru yang bertindak sebagai fasilitator untuk membantu guru-guru dalam program ini juga akan diwujudkan di semua Pejabat Pelajaran Daerah. "



  1. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara.

  2. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.

  3. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.

  4. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010.


Wednesday, February 17, 2010

Murid Pertama


Nama murid : Muhammad Faiz bin Yasir Arabath

Tahun : 3

Penguasaan Murid : Huruf-huruf Kecil a-z

Permasalahan : Murid hanya dapat mengenal sehinggal huruf a-j mengikut turutan dengan baik dan betul

Saturday, January 9, 2010

Persekolahan Tahun 2010


4 Januari 2010 bermula sesi persekolahan untuk tahun 2010...

Untuk tahun 2010 terdapat 10 orang murid pemulihan..4 orang murid tahun 1 (2009) tidak melepasi KIA2M..2010 ke kelas cekal...

MURID-MURID KELAS CEKAL
2010

2K
1. MOHAMMAD RIZAL HAKIMI BIN A.HASHIM
1. MUHAMMAD HAIQAL B. GHAZALI
2. AINA HUSNA BT ABDUL HALIM
3. MOHAMAD SHAFIE B MOHD SHUKRI

3K
1. MUHAMMAD FAIZ BIN YASIR ARABATH
2. THACHIYANI A/P MAHENDRAN
3. MUHAMMAD HAKIMI BIN ZAIDI
4. THANARAJ A/L PALANIANDY (MATH)

4H
1. NOOR MUHAMMAD AIMAN BIN AZMAN
2. KISHAN A/L MATHIALAGAN



JUMLAH MURID PEMULIHAN KELAS CEKAL
LELAKI :8
PEREMPUAN : 2